Saturday, December 21, 2013

Pengembaraan Andalusia, Spain Part 2 (Cordoba)


16.12.2013
Cordoba

Bismillahirohmanirrohim~

Hari ketiga, kiteorang gerak dari Malaga ke Cordoba. Perjalanan ke Cordoba pon ambik masa dalam 2 jam. 

Sampai Cordoba, kiteorang jalan and terjumpa Univesidad de Cordoba (university) tapi untuk course philosophy. Dengan selamberrrrrnye kiteorang terjah uni tu. Kehkehkeh. Pastu konon2 nak tour uni tapi tak tahu nak suruh siapa bawak tour. Then ternampak 2 orang Muslim perempuan. Pergi kat dua orang tu maka bermulalah conversation between Malaysian+Bruneian dengan Spanish Muslim. “Can you speak english?” “…..ermmm” “Arabic?” dengan yakin kak syahirah tanya! “yes…” sruppppp~ dipanggilnya kak wardah. “wardah2, arabic…” time ni abis semua keluarkan skill bahasa arab yang dah berkarat. Padahal nak tanya kat mana masjid untuk solat…. Tapi macam masuk kelas vocab arab dah jadinya… sumpah aku tak kan lupa this moment. Alhamdulillah. Even ade language barrier kiteorang still dapat tangkap ape yang die nak cakap. Tapi problemnye bile nak jawab balik.. HAHAHA! >_< So one of the girl nama Amina setuju nak bawakkan kiteorang pergi masjid. 


On the way nak ke masjid terjadi peristiwa yang paling menggeli hati. Aku tak tahu la ape yang kak syahirah nak tanya sebenarnya tapi die duk tanya jalan dalam arab ape? Bile semua take time nak fikir last2 kak syahirah “Ihdinassirotolmustaqim…” *nak jalan dalam bahasa arab last2 di gunanya ayat alfatihah (tunjukkanlah kami jalan yang lurus)* pecah perut kiteorang gelak masa tu. Sampai kat masjid (kecik je masjid ni) kiteorang solat semua and teruskan misi nak pergi ke Museo Vivo de Al-Andalus dengan Cathedral Mezquita.

 *sempat lagi tukar2 instagram*

Kat Museo Vivo de Al-Andalus ni ade macam2 replika and history pasal Islam kat Andalus. Bile tengok everything dalam museum tu terdetik rase kagum dengan kehebatan “ISLAM” yang dulu. Kalau ikutkan before islam datang tanah Cordoba tak subur. So orang islam zaman tu cipta kincir air and buat saluran air so that tanah jadi subur. Awesome kan? 
 TERKESIMA? Subahanallah. ya aku tahu memang CANTIK!
*replika Al-Hambra*
 *replika masjid Cordoba*

Around Cordoba

Dah habis kaji sejarah dalam museum so kiteorang gerak pergi ke Cathedral Mezquita. FUHHH~ part ni paling………….. *donno how to describe feeling. Bercampur baur. * kejap rasa bangga, kejap rasa sedih, kejap rasa mengharap. Why? Hurmmm pi baca part “SEJARAH” :P

Sejarah

Salah satu masjid yang paling terkenal dalam sejarah Islam adalah Masjid Cordoba di Spanyol. Masjid ini dibangun oleh Khalifah Bani Umayyah yang bernama Abdurrahman III. Masjid ini memiliki seni arsitektur yang tinggi dan indah. Tinggi menaranya 40 hasta di atas batang-batang kayu berukir dan ditopang oleh 1293 tiang yang terbuat dari berbagai macam marmer bermotif papan catur. Di sisi selatan tampak 19 pintu berlapiskan perunggu dengan kreasi yang sangat menakjubkan. Sementara pintu tengahnya berlapiskan lempeng-lempeng emas. Panjang Masjid Cordoba dari utara ke selatan mencapai 175 meter dan lebarnya dari timur ke barat 134 meter. Sedangkan tingginya mencapai 20 meter.


Setiap gerbang di masjid itu terdapat batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut mampu mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih itu banyak mempengaruhi seni arsitektur bangunan di Spanyol. Hiasan dindingnya disemarakkan unsur flora dan inskripsi dari al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozaik emas.


Keagungan masjid ini mencerminkan kemakmuran dan kesejahteraan Cordoba pada saat itu dan menjadi pusat perdagangan, ilmu pengetahuan, dan ibu kota kekhalifahan Bani Umayyah. Setiap tahun perpustakaan Masjid Cordoba dikunjungi oleh lebih dari 400.000 orang. Jumlah ini sangat jauh berbeza dengan kunjungan orang-orang di perpustakaan-perpustakaan Eropa yang hanya mencapai 1000 orang pertahunnya. Perpustakaan Masjid Cordoba tidak hanya dikunjungi oleh muslim, tetapi juga non-muslim. Masjid Cordoba telah menghasilkan ulama dan ilmuwan-ilmuwan hebat.Beberapa di antaranya:
  • Ibnu Rusyd: ahli fikih penulis kitab Bidayatul Mujtahid dan juga filosof dan dokter ternama.
  • Ibnu Hazm: ahli fikih penulis kitab al-Muhalla, sastrawan, dan juga pakar studi perbandingan agama.
  • Al-Qurthubi: ahli tafsir penulis kitab Tafsir al-Qurthubi.
  • Ibnu Bajjah: ahli matematika ternama.
  • Al-Ghafiqi: ahli botani ternama.
  • Ibnu Thufayl: ahli kedokteran dan filosof ternama.
  • Al-Idrisi: seorang kartografer dan geographer ternama.
  • Ibnu Farnas: peletak dasar penciptaan pesawat terbang.
  • Al-Zahrawi: ahli bedah yang telah menciptakan alat-alat bedah.
  • Ibnu Zuhr: dokter ahli jantung ternama.
     *pembuat tiang2 di masjid Cordoba. Dorang ukir nama dorang pada setiap tiang yang dorang buat*

Namun sayang, sejak ditaklukkan oleh Raja Leon Alfonso VII (Kristian), masjid ini diubah fungsinya menjadi sebuah gereja. Pada awal abad ke-13, kekhalifahan Bani Umayyah tidak dapat mengatasi serbuan bangsa Eropa yang datang dari Utara maka Cordoba ditakluk termasuk masjid ini ikut diduduki. Kemudian beberapa tiang dihancurkan dan di dalam bangunan masjid didirikan kathedral yang diberi nama Cathedral Mezquita (Katedral Masjid). Pada beberapa dinding masjid saat ini terlihat lambang-lambang non muslim. Sampai saat ini masih berdentang lonceng gereja tiap beberapa minit sekali.
Mengabaikan janji mereka untuk toleransi terhadap keyakinan kaum Muslim, bangsa Sepanyol yang Kristian ikut serta dalam gelombang pemaksaan, pengusiran dan pembunuhan. Masjid-masjid dihancurkan, sebaliknya gereja-gereja dibangun.  (credit :Abu Farras)


Dah habis baca? Dah? Ye ke???? ngelat la tu :P part sejarah laju je nak skip. Tu la orang ISLAM MALAS MEMBACA! *uhuk. Terasa?* This truth buat perasaan aku bercampur baur. Aku bangga sebab aku tahu ISLAM pernah MEGAH kat sini. Aku sedih sebab MASJID PALING GAH di ANDALUS yang jadi PUSAT ILMU DUNIA dah jadi church. Bukan shopping mall bukan restaurant tapi CHURCH!!!! T_T dan aku rasa mengharap sebab aku masuk, aku jejak, aku duduk, aku lihat dan aku rasa. Mengharap aku ada peluang untuk menyembah yang SATU dalam masjid ini. Bila? Wallahualam tapi dengan pengharapan itu, aku tahu aku punya “KERJA”, kerja yang belum selesai.



Balik dari Cathedral Mezquita kiteorang singgah sekejap dekat Medina Azahara (tempat pemerintahan) binaan kat Medina Azahara ni sebenarnya cantik tapi dah di robohkan monumen2 dia so takde ape sangat yang tinggal. And kiteorang sampai kat situ pon dah gelap. Dah nak tutup so at last kiteorang just enjoy the sunset pastu balik semula ke Malaga. Penat seharian travel dari pagi balik malam tapi penat yang berbaloi.

"yang dengan kurniaanNya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga), didalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu" [35:35] 

How Allah describe dalam Al-quran orang2 yang dalam syurga tak merasa lelah dan lesu which is sepatutnya kat dunia perlu merasa lelah dan lesu. DAH RASA LELAH DITARBIYAH? DAH RASA LESU BERDAKWAH? or hanya dengan kepenatan hal dunia dah mengeluh? DEBUSHHHH! Allah tak bagi kita syurga senang2 kalau kita tak kejar nak dapatkan ia.
4th day at Granada (Al-hambra) to be continue.....

Wallahualam....

1 comment:

  1. adik nakal,,
    cepatt laa continue part3 pls.. :p

    ReplyDelete